GOOD LUCK IN UR PMR !
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Ampunilah dosa kami,
dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami, dosa anak-anak kami, dosa anak
didik kami dan dosa seluruh muslimin muslimat samada yang masih hidup atau yang
telah mati.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami menadah tangan
kepadaMu, berkatilah segala ilmu yang telah kami pelajari, berkatilah segala
ilmu yang telah kami ajarkan kepada anak didik kami, keluarkanlah kami daripada
lembah kejahilan dan kegelapan kepada daerah cahayaMu dan ilmu pengetahuan.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Hanya Engkau yang
mampu memberi taufik dan hidayah kepada hambaMu, maka anugerahkanlah kepada
kami taufiq dan hidayahMu, agar kami menjadi guru yang amanah menjalankan
tanggungjawab mendidik, agar kami menjadi ibu bapa yang dihormati dan dicontohi
oleh anak-anak kami, tambahkanlah kasih sayang diantara kami, jauhkanlah rasa
benci hasad dan iri hati, hiasilah diri kami seperti peribadi Nabi, serta
lindungilah kami dari syaitan yang dilaknati.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Ikhlaskan hati anak
didik kami dalam menuntut ilmu, kekalkan semangat yang tinggi untuk mereka
terus belajar tanpa ada rasa jemu, janganlah Engkau palingkan hati mereka dan
hati kami, lindungilah kami dari menuntut ilmu hanya kerana segulung sijil,
hanya untuk harta, hanya untuk wanita, dan hanya untuk tahta, lindungilah kami
dari sifat tamakkan dunia.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami berlindung
kepadaMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat kepada diri dan agama kami,
jadikanlah kami orang yang beramal dengan ilmu yang telah Engkau pinjamkan
kepada kami.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami memohon
kepadaMu, mengharap kepadaMu, bertawakkal kepadaMu, berilah kejayaan kepada
anak didik kami dalam peperiksaan yang bakal mereka tempuhi, tenangkan hati
mereka, lapangkan dada mereka, luaskan fikiran mereka, kuatkan ingatan mereka,
dan janganlah Engkau jadikan mereka tergolong dalam golongan yang menggunakan
ilmu untuk merosakkan agama.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami hamba yang lemah
hina dan dina ini memohon seribu rahmat dan keberkatan dariMu, golongkanlah
kami dalam golongan yang Engkau redhai, tanpa redhaMu, tiadalah ertinya
kehidupan kami, maka kepadaMu kami memohon, redhailah kami dalam apa jua yang
kami kerjakan.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu
bapa kami, dosa guru-guru kami, dosa anak-anak kami, dosa anak didik kami dan
dosa seluruh muslimin muslimat samada yang masih hidup atau yang telah mati.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami menadah tangan kepadaMu,
berkatilah segala ilmu yang telah kami pelajari, berkatilah segala ilmu yang
telah kami ajarkan kepada anak didik kami, keluarkanlah kami daripada lembah
kejahilan dan kegelapan kepada daerah cahayaMu dan ilmu pengetahuan.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Hanya Engkau yang mampu memberi taufik
dan hidayah kepada hambaMu, maka anugerahkanlah kepada kami taufiq dan
hidayahMu, agar kami menjadi guru yang amanah menjalankan tanggungjawab
mendidik, agar kami menjadi ibu bapa yang dihormati dan dicontohi oleh
anak-anak kami, tambahkanlah kasih sayang diantara kami, jauhkanlah rasa benci
hasad dan iri hati, hiasilah diri kami seperti peribadi Nabi, serta lindungilah
kami dari syaitan yang dilaknati.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Ikhlaskan hati anak didik kami dalam
menuntut ilmu, kekalkan semangat yang tinggi untuk mereka terus belajar tanpa ada
rasa jemu, janganlah Engkau palingkan hati mereka dan hati kami, lindungilah
kami dari menuntut ilmu hanya kerana segulung sijil, hanya untuk harta, hanya
untuk wanita, dan hanya untuk tahta, lindungilah kami dari sifat tamakkan
dunia.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami berlindung kepadaMu daripada ilmu
yang tidak memberi manfaat kepada diri dan agama kami, jadikanlah kami orang
yang beramal dengan ilmu yang telah Engkau pinjamkan kepada kami.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami memohon kepadaMu, mengharap kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu, berilah kejayaan kepada anak didik kami dalam peperiksaan
yang bakal mereka tempuhi, tenangkan hati mereka, lapangkan dada mereka,
luaskan fikiran mereka, kuatkan ingatan mereka, dan janganlah Engkau jadikan
mereka tergolong dalam golongan yang menggunakan ilmu untuk merosakkan agama.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami hamba yang lemah hina dan dina ini
memohon seribu rahmat dan keberkatan dariMu, golongkanlah kami dalam golongan
yang Engkau redhai, tanpa redhaMu, tiadalah ertinya kehidupan kami, maka
kepadaMu kami memohon, redhailah kami dalam apa jua yang kami kerjakan.
AMINNN.....
No comments:
Post a Comment