Wednesday 28 November 2012

MARI BERSENAM !


SENAMAN 7 MINIT

Photobucket 
ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

Photobucket 
tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

Photobucket 
wa..wa..aaa

Photobucket 
gerak ke kanan kemudian ke kiri..

Photobucket 
gerak ke kiri kemudian ke kanan

Photobucket 
ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

Photobucket 
tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

Photobucket 
dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

Photobucket 
kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

Photobucket 
buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

Photobucket 
hilangkan semua stress…

Photobucket 
pusingkan kepala… (er... goyang2 jer. Jangan terpusing kepala, dah..)

Photobucket 
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak… (ini buat sorang2 tau)

Photobucket 
akhir sekali buat joget kucing… (jeling kiri-kanan dulu..)

Friday 23 November 2012

JENIS-JENIS CIKGU


Cikgu garang : Garang-garang cikgu ini, kalau bukan sebab golongan cikgu sebegini, mungkin sifat degil sukar dilenturkan, membuatkan diri ini membentuk disiplin yang lebih dalam pembelajaran. Terima kasih cikgu yang garang, menjadikan anak muridnya sebagai pemenang.
Cikgu lembut : Lawan kepada cikgu garang, bukan bermaksud awww ~ ~ Tapi kelembutan mereka dalam memberikan yang terbaik meredakan ketegangan semasa menjalani proses pembelajaran. Terima kasih cikgu lembut, menjadikan anak muridnya sebagai lembut, aww, eh? Bukan, membentuk ketenangan dalam berjuang.
Cikgu lawak : Ini kompom antara feveret punya, sentiasa ada sahaja dalam menceriakan kehidupan anak muridnya. Tidak bosan dalam mempelajari sesuatu. Terima kasih cikgu lawak, menghilangkan segala kekalutan dalam mengenal ilmu.
Cikgu mesra : Kemesraan menjadikan dirinya disenangi. Tidak kisah melayan karenah anak muridnya, apatah lagi selalu menjawab pertanyaan agar diri ini lebih memahami. Terima kasih cikgu mesra, kerana memberi yang terbaik bagi menjadikan anak muridnya lebih memahami sesuatu.
Cikgu penyeri : Cikgu ini mendidik dengan emosinya, banyak memberi didikan dengan kasih sayang, supaya si pembimbing ni tak teralih haluan. Banyak mengajar ilmu perasaan dan ERT kepada pelajarnya. Cikgu ini adalah suami atau isteri.
Cikgu tersayang : Cikgu ini bukan sebarang cikgu, sebab mereka merupakan ibu bapa kita. Pendidik yang sentiasa bersama kita, mengajar berdasarkan asam garam hidup mereka. Sebab itu wajib kita memuliakan ibu bapa kita sehingga ke akhir hayat mereka. Merekalah pendidik yang sentiasa di sisi kita. Terima kasih cikgu tersayang.

Cikgu teragung : Ini cikgu segala cikgu. Apa yang diajar adalah sesuatu yang tinggi nilainya dimataNya. Apa yang disuruh kita buat, apa yang dilarang jangan lakukan, mana perlakuannya kita ikuti, dialah baginda Rasulullah s.a.w. Sunnahnya kita jadikan panduan, kitabnya yang diwariskan adalah Al-Quran, selawat merupakan terima kasih kepada baginda.
Anda Cikgu yang mana satu?


Wednesday 21 November 2012

Monday 19 November 2012

TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA SKST PEKAN PHG

Salam...

Satu pencapaian yang amat membanggakan guru-guru.Dari 7 orang sebelum ini naik kepada 20 orang yang mendapat 5A. Satu pencapaian yang tinggi sekali, segala penat lelah guru-guru tahun 6 terbalas kini dengan keputusan yang cemerlang ini. 

Tahniah sekali lagi!





Nota: sambil tidurkan anak atas katil,sambil update blog

Saturday 17 November 2012

NAK KONGSI RESIPI

Salam,

Jangan tak pecaya blog Cikgu ada resipi lah pulakk. Bukannya apa, boleh buat rujukan untuk diri sendiri di di kemudian hari. Menu ini dimasak untuk makan malam tadi. Mendapat pujian dari anak-anak, tapi ayahnya    kata boleh lahhh. Boleh lah punnn...dua kali tambahhh !

Apa yang saya masak ? ala menu biasa-biasa je... Mee Bandung Tradisional....bukan mee bandung muor ye.. ini mee bandung Pahang :)

Malas nak celoteh banyak, Jomm salin resipi !

Bahan-Bahan :

1 paket mee kuning 
4 hingga 6 ekor udang basah
50 gram udang kering (dikisar atau ditumbuk)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
cili kering – ikut lah kepedasan masing-masing
1 biji keledek (saiz kecil)
suku cawan kacang tanah goreng (digoreng tanpa minyak kemudian ditumbuk)-kalau tak nak letak pun takpe tapi lebihkan udang kering supaya kuah jadi pekat
3 hingga 4 biji telur
sawi-ikut masing-masing juga berapa banyak nak
Daging yang telah direbus
Air rebusan daging 
Udang Segar
Gula, garam dan serbuk perisa (mengikut kesesuaian citarasa masing-masing)

Cara-caranya :

1. Celur mee kuning dengan air panas.
2. Kisar bawang besar, bawang putih dan cili kering.
3. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
4. Masukkan udang kering yang telah dikisar / ditumbuk hingga naik bau.
5. masukkan air rebusan daging, keledek lenyek dan kacang tanah, hirisan daging dan udang  
    basah. Didihkan.
6. Masukkan pula gula, garam dan serbuk perisa secukup rasa.
7. Kecilkan api. Pecahkan telur satu persatu.
8. Jangan kacau supaya telur tidak pecah.
9. Biarkan telur hingga masak / separuh masak (terpulang)
10. Akhir sekali masukkan sawi. Gaul dan tutup api.
11. Curahkan kuah di atas mee. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu, hirisan cili dan limau 
kasturi. Siap untuk dimakan! 

***Nota : Gambar Mee Bandung lupa nak snap...bila dah siap makan baru ingat! Mee bandungnya pun dahh selamattt semuanyaa.



Friday 16 November 2012

TEKA SILANG KATA

  SAYURAN-SAYURAN


















  ke bawah 1: Berwarna hijau

  ke bawah 2: Boleh dibuat kuih

  melintang 3: Berwarna merah apabila masak

  melintang 4: Rasa pedas

  ke bawah 5: Arnab suka makan ..................... 

  melintang 6: Jenis berdaun

  ke bawah 7: Boleh dimakan mentah

  melintang 8: Sejenis ulam

  melintang 9: Sesuai dibuat sup


KUIZ : PEMAHAMAN 2

Baca dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah.

Malaysia

Malaysia nama negara kita,
Empat belas negeri di dalamnya,
Penduduk ramai berbilang bangsa,
Negara aman rakyat bahagia.

Perdana Menteri ketua negara,
Pusat pentadbiran di Putrajaya,
Masyhur nama di luar negara,
Semua rakyat berasa bangga.

1.      Apakah nama negara kita?
    1.   Melaka
    2.   Malaysia
    3.   Putrajaya
    4.   Kuala Lumpur
2.      Berapakah jumlah negeri di Malaysia?
    1.   sebelas buah negeri
    2.   dua belas buah negeri
    3.   tiga belas buah negeri
    4.   empat belas buah negeri
3.      Siapakah ketua negara kita?
    1.   rakyat
    2.   bangsa
    3.   penduduk
    4.   perdana menteri
4.      Di manakah letaknya pusat pentadbiran negara?
    1.   Malaysia
    2.   Putrajaya
    3.   Kuala Lumpur
    4.   Shah Alam
5.      Semua rakyat Malaysia berasa .........................................
    1.   sedih
    2.   marah
    3.   bangga
    4.   kecewa

KUIZ : PEMAHAMAN 1

KUCING MIMI


Mimi ada seekor kucing. Kucing Mimi kucing jantan. Kucing Mimi bernama Tompok. Tompok suka makan ikan dan minum susu. Tompok sangat jinak. Setiap petang, Mimi bermain-main dengan Tompok. Mimi sangat sayang akan Tompok.

1.      Apakah nama kucing Mimi?
    1.   Tompok
    2.   Comel
    3.   Belang
    4.   Hitam
2.      Apakah makanan Tompok?
    1.   roti
    2.   nasi
    3.   ikan
    4.   sayur
3.      Tompok suka minum ..............................
    1.   teh
    2.   susu
    3.   milo
    4.   kopi
4.      Bilakah Mimi bermain-main dengan Tompok?

    1.   pada waktu pagi
    2.   pada waktu tengah hari
    3.   pada waktu petang
    4.   pada waktu malam
5.      Mimi sangat ............................... akan Tompok.
    1.   benci
    2.   marah
    3.   jinak
    4.   sayang

Wednesday 14 November 2012

TEKA-TEKI


LATIHAN KATA NAMA AM






LATIHAN PENGUKUHAN : LENGKAPKAN NAMA BUAH-BUAHAN



Kad Imbasan Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun Satu (Preview For CD-ROM)



Kad Imbasan sangat Membantu dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 1

Pertanyaan 3

Soalan :
Assalalammualikum….

Saya nak tanya macam mana saya nak mengajar murid pemulihan yang boleh membaca tetapi tidak boleh menulis walaupun perkataan KV+KV. Apakah aktiviti yang harus saya berikan?

Jawapan:
Puan perlu buat analisis semula apakah punca sebenar kanak-kanak itu tidak boleh menulis. Saya juga mempunyai masalah yang serupa di mana dalam kelas tahun satu, ada sepasang murid kembar yang boleh membaca. Tetapi apabila diminta mengeja dan menulis perkataan yang di baca, mereka gagal melakukannya.

Dalam hal ini, saya dapati murid bukan tidak kenal abjad. malah murid mahir membatang suku kata dan seterusnya membaca. Yang menjadi masalah utama adalah murid tidak dapat mengaplikasi kemahiran bacaan yang dikuasai dalam tulisan. Murid masih tidak faham konsep menulis perkataan walaupun aras rendah.

Jadi, saya terpaksa bermula dari bawah walaupun murid sudah boleh membaca. Semuanya dilakukan secara berperingkat

Pertanyaan 2


Soalan  :

Assalamualaikum…
saya baru tahun pertama mangajar bm tahun 2 dan mengajar murid2 yang lemah. antara kelemahan mereka adalah:

1. hyperaktif
2. slow learner
3. kurang perhatian
4. tidak faham arahan

Apakah contoh-contoh BBM yang boleh saya gunakan untuk menarik mereka belajar?

Jawapan:
Untuk makluman cikgu, murid tahun 1, 2 dan 3 dikategorikan sebagai kanak-kanak yang masih belum matang kerana mereka masih baru dan masih dalam proses ‘orientasi’. Justeru, bukan cikgu seorang sahaja yang mengalami keadaan sedemikian. Malah semua guru akan mengalami situasi sukar seperti cikgu juga lebih-lebih lagi jika guru itu mengajar di kelas-kelas yang belakang di mana kategori murid secara majoriti adalah tidak boleh membaca.

Dalam hal ini, kawalan kelas dan mainan psikologi guru amat penting. Biasanya, guru perempuan akan mudah stress menghadapi situasi ini berbanding guru lelaki yang suaranya lebih besar dan ‘psiko’nya lebih kuat.

Murid-murid seperti ini biasanya akan lebih ‘takut’ kepada guru lelaki berbanding guru perempuan. Jadi, cikgu kena pandai mengawal keadaan dalam kelas. Saya percaya cikgu menerima keadaan murid yang sedemikian kerana cikgu ‘terlalu baik’ pada hari pertama ‘melayan’ murid dalam kelas berkenaan.

Murid kurang perhatian biasanya boleh diatasi dengan suara guru yang tegas sahaja. Punca murid kurang faham, cikgu kena kaji semula apa puncanya. Pastinya ia disebabkan cara guru mengajar tidak menimbulkan minat murid, aras bahasa yang guru gunakan terlalu tinggi atau ada sebab-sebab lain yang cikgu sendiri lebih tahu.

Jika cikgu mengajar di kelas yang belakang-belakang ini, pastikan cikgu gunakan laras bahasa yang paling rendah supaya murid akan faham. Jangan beri murid latihan aras tinggi. Risiko kegagalan itu besar.

Apa pun, selamat datang ke dunia perguruan! Realiti sebuah kehidupan seorang guru. Ingat, anda bekerja dengan manusia, bukan dengan mesin. Mesin yang rosak mengambil masa yang singkat untuk dibaiki. Tetapi jika murid yang ‘rosak’?



Hari ini dalam Sejarah

Salam, 

Hari ni pergi Majlis Perkahwinan kawan saya yang berbangsa India. Seronok juga. Ini kali pertama saya menghadiri majlis dari kaum India. Sebelum sampai ke tempat majlis, saya bertanya kepada suami saya, agak-agaknya apa yang dihidangkan nanti. Suami saya kata Ntahlah, mungkin Nasi Beriani. Selepas itu saya bertanya lagi kepada suami, diaorg ada bagi cenderahati ke macam kita? Suami saya tanya cenderahati apa? Saya jawab, alaa macam kita kasi bunga telur tu. Suami saya jawab lagi, Ntahlah ! Selepas itu satu soalan lagi, nanti masa nak balik kita kena salam bagi duit ke? macam orang Melayu...suami saya jawab, kalau nak kasi, kasi lah...kalau tak nak kasi pun takpe sebab kita dah kasi hadiah. saya dengan nada panjangnya menjawab...oooooo macam tu :). 

Tadi juga merupakan sambutan 3 in 1 keluarga India tersebut. Menurut kata kawan saya itu, Majlis ini untuk Majlis Perkahwinan anak lelaki beliau, sambutan Hari Jadi anak bongsu beliau dan Sambutan Deepawali juga! Bagus kan...jimatt semua sekaligus sahaja.



Majlis 3 in 1

Hey, Haiwan! (karaoke) - Bahan Bantu Mengajar




Lagu untuk Seminar Literasi Bahasa. Sesuai digunakan sebagai alat bantu mengajar

Seronoknya Belajar Tatabahasa Tahap 1 (Preview for CD-ROM content)

Tuesday 13 November 2012

Pertanyaan 1

Soalan :
Saya ibu kpd anak autism jadi saya nak berkongsi dengan cikgu bagaimana nak mengajar anak saya membaca? Macam-macam cara saya dah cuba tapi payah untuk anak saya nak terima.

Jawapan:
Autisme adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenar ianya berlaku. Sesetengah kanak-kanak pekak, menghidap penyakit seperti congenital rubella, penyakit baka phenylketouria, sindrom fragile-x, tuberos sclerosis, mengalami kelemasan sewaktu dilahirkan (perinatal asphyxia) dan menghidap penyakit encephalitis (lembam otak) dikatakan menunjukkan ciri-ciri autisme.

Setakat ini, kes-kes autisme yang dikesan dan dikenal pasti perbezaan dari segi perkembangan dan tingkah laku. Ini ada kaitannya dengan faktor baka, pengalaman dan keadaan alam sekitar yang mempengaruhi perkembangan seorang anak autistik dan cara mereka membentuk personaliti.

Semua kanak-kanak autisme mempunyai ciri-ciri berikut :

1. Masalah komunikasi
2. Suka bersendirian
3. Tingkah laku yang aneh : contohnya akan menjadi baran sekiranya barang yang disukainya diambil, dialihkan atau hilang
4. Tingkah laku yang pelik : contohnya, menepuk tangan, menjengkitkan kakinya ketika berjalan dan sebagainya

Untuk makluman, saya masih belum pasti apakah kaedah terbaik untuk mendidik anak seperti ini kerana biasanya mereka akan ditempatkan dikelas khas dan bukannya di kelas pemulihan.
Ada sekolah yang saya lawati, guru pendidikan khas akan menjadi tegas dan garang untuk membentuk anak-anak seperti ini.

Biasanya guru akan mengkaji minat dan kecenderungan murid sebelum mereka merangka program untuk peningkatan prestasi akademik murid. Namun, saya percaya program yang dirangka pasti akan dapat dimanfaat oleh murid seperti ini.

Saya amat berharap agar setiap ibubapa yang mempunyai anak Autisme tidak mudah berputus asa dan sentiasa mendapatkan pandangan daripada mereka yang lebih pakar dan arif dalam bidang ini. Ibubapa lebih rapat dengan anak ini. Jadi ibubapa pasti tahu apa yang anak mereka suka dan sebaliknya. Gunakan kelebihan itu untuk mendidik anak seperti ini. Begitulah yang saya gunakan dalam kelas pemulihan. Saya lebih banyak hasilkan permainan berbanding kad-kad perkataan supaya murid tidak berasa tertekan semasa menikmati pelajaran. sebaliknya mereka akan berasa seronok kerana sambil belajar, dalam masa yang sama mereka bermain.

Bezanya dengan kanak-kanak autisme, mereka kadang-kadang cepat bosan atau tidak peduli setelah leka dengan apa yang ada di tangan mereka. Apa pun, harap ibubapa tidak putus asa dan terus berusaha. 

Ehsan Google : Sekadar Hiasan



Apakah perbezaan antara ABM dengan BBM?


ABM dan BBM adalah berbeza. Pada istilah mungkin tidak jauh beza ‘alat’ dgn ‘bahan’. Alat lebih kepada peralatan, “tool”, material yg merujuk kepada benda yang diguna murid-murid,yang membantu pembelajaran murid, memudahkan dan menarik minat. Bahan pula merujuk kepada ramuan, kandungan, perkara, panduan yg digunakan oleh guru seperti buku cerita, rajah, carta, lukisan, bahan bercetak, bahan elektronik sebagai rujukan guru yg membantu pengajaran guru.

Dalam definisi lain, ABM merupakan kelengkapan atau perkakasan untuk menyampaikan maklumat. Manakala BBM bermaksud perisian atau isi kandungan maklumat yang disampaikan.

Contohnya : OHP ialah alat bantu mengajar (ABM. Isi atau maklumat yg ditulis di atas transparensi ialah bahan bantu mengajar (BBM)

Apakah contoh-contoh Bahan Bantu Mengajar lama?
Antaranya white board yang boleh di gulung, biji saga atau biji getah

Untuk membuat ABM, kita perlu merujuk dengan guru-guru seangkatan. Perbincangan dua hala akan dapat menghasilkan idea yang lebih relavan dan hebat.

Untuk membina ABM, kita perlu ambil kira aspek berikut :

1. Kemahiran yang ingin diajarkan.
2. Kandungan pelajaran
3. Tujuan utama ABM tersebut di bina
4. Kepelbagaian fungsi ABM
5. ABM kekal, tidak mudah rosak dan mesra murid

Contoh-contoh ABM :






















Contoh-contoh ABM menggunakan PowerPoint :-

Contoh 1  

Contoh 2

Contoh 3

Contoh 4

Monday 12 November 2012

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)


Mungkin ada sebilangan daripada ibubapa terutamanya ibubapa yang mana anak-anak mendaftar bagi tahun 1 2011 ingin mengetahui secara lebih mendalam tentang apa yang diperkatakan dengan KSSR. Kerana generasi ini adalah generasi pertama yang akan menggunakan KSSR mengantikan KBSR yang telah digunapakai hampir 3 dekad yang lalu. Jadi disini, kami warga sekolah akan cuba menerangkan serba sedikit mengenai apa yang diikatan dengan KSSR.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Latar Belakang

1. Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006, menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan kepada :

• Pembangunan modal insan
• Penghasilan pelajar celik minda
• Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
• Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab
2. Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:

• Dasar – membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.
• Matlamat – memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap nilai

3. Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.

Sejarah Kurikulum Sekolah Rendah

1983 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

1993 - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

2003 - KBSR (semakan)

2011 - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

KONSEP KURIKULUM TRANSFORMASI SEKOLAH RENDAH
• Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)

• Berasaskan Prinsip KBSR:
- Pendekatan bersepadu
- Perkembangan individu secara menyeluruh
- Peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
- Pendidikan seumur hidup

BENTUK KURIKULUM TRANSFORMASI
Komunikasi

Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi 

Sains & Teknologi
Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik

Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi 

Perkembangan Fizikal & Estetika
Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri
Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Kerohanian, Sikap & Nilai
Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai


Kemanusiaan 
Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global
Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Keterampilan Diri
Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum 

KURIKULUM BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. 

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Mengapa Standard? 
• Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan. 
• Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas. 
• Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).
• Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran. 
• Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .

Bagi mendapatkan keterangan lanjut, ibubapa boleh melayari web rasmi Bahagian pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat www.moe.gov.my/bpk/
MUAT TURUN DISINI :- 
Pengenalan SP KSSR Tahun 1
Standard PRESTASI Bahasa Malaysia KSSR Tahun 1

Lagi tentang saya....


Saya Nor Hasidah Binti Bakiri berumur 42 tahun merupalan seorang Guru. Menetap dan mengajar di Pekan, Pahang. Berpengalaman selama 16 tahun dalam bidang perguruan. Jadi, apa yang terkandung di dalam blog ini merupakan kisah hidup saya sebagai seorang guru. Macam-macam perkara yang saya muatkan di sini sama ada untuk meluahkan rasa hati atau untuk berkongsi pengalaman yang saya kira bermanfaat termasuklah ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Bahasa Melayu Darjah 1 yang merupakan mata pelajaran yang saya ajarkan di sekolah. 


Saya Guru Bahasa Melayu

Apa itu Bahasa Melayu?

Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia,Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.
Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.
Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama “Bahasa Melayu” digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.
Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya, bahasa Melayu Jawa atau bahasa Jawa mempunyai banyak perkataan yang tidak diketahui oleh penutur bahasa Melayu yang lain. Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja.
Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan. Di Timor Leste, sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor Leste, Bahasa Indonesia diterima sebagai “bahasa berkerja”. Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang daripada Kesultanan Melayu Patani (orang Melayu Pattani), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.
Pada awal tahun 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEAN memandangkan lebih separuh jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan.

Saturday 10 November 2012

GURAU SENDA : ADUHAI GURU BAHASA MELAYU


Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak 
selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar)


Belajar tidak mengenal usia

Salam...

Orang kata proses belajar ni sampai mati... betul ke?Saya setuju juga..setiap hari bagi saya merupakan proses pembelajaran, walaupun sedang mengajar anak murid. Seronok tau belajar ni, naknya apabila apa yang hendak dipelajari itu dapat dipelajari dan difahami dengan jelas sekali. Senyum sampai ke telingalah jawabnya, rasa cam "pandai jugak aku ni ye" :). Walhal perkara kecik ajaaa.

Hari tu baca surat pasal pakcik yang dah berumur ambik peperiksaan PMR, tabik spring saya! walaupun dah beumur masih ingin belajar dan belajar.



JOHOR BAHRU: “Sejak berbulan lalu, saya mengulang kaji pelajaran dengan bantuan anak lelaki berusia 12 tahun dan baru selesai menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Hari ini (semalam), saya rasa seram sejuk dan berdebar-debar ketika membuka kertas soalan. “Bagaimanapun, kerana ingin mencabar diri sendiri, semua itu diketepikan malah saya tabahkan hati untuk ke pusat peperiksaan.” Itu kata calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang hanya mahu dikenali sebagai Nordin, 50, ketika ditemui di pusat peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara di sini, semalam.

Nordin bersama seorang lagi rakan berusia 40-an mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi calon persendirian paling tua menduduki PMR.

Dia yang bekerja sebagai tukang kebun berkata, usia bukan penghalang untuknya menduduki PMR, sebaliknya perlu dijadikan contoh kepada golongan muda supaya tidak mensia-siakan peluang yang ada dengan belajar bersungguh-sungguh.

“Saya menduduki PMR kerana mahu menebus kegagalan mendapat keputusan baik dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 35 tahun lalu.


“Saya mendaftar untuk menduduki PMR pada Februari lalu dengan yuran RM85. Walaupun sibuk, saya meluangkan masa mengulangkaji pelajaran.

“Pada mulanya anak dan isteri menyangka saya hanya bergurau, tetapi mereka kemudian memberi semangat dan dorongan,” katanya.

Bermula semalam, Nordin bersama rakannya itu mula menguji keupayaan diri dengan menjawab kertas soalan mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2, diikuti Pendidikan Islam pada sebelah petang.

Selain dua mata pelajaran itu, secara keseluruhan, calon PMR akan menjawab enam lagi mata pelajaran iaitu Bahasa Inggeris, Geografi, Sejarah, Kemahiran Hidup, Sains serta Matematik.

“Memang gementar kerana persediaan dibuat hanya ala kadar, paling merisaukan saya mata pelajaran Matematik kerana ia memerlukan kecekapan untuk mengira.

“Agak kekok dan segan kerana kami dikelilingi ratusan murid yang jauh lebih muda. Bagaimanapun, saya berasa lega apabila terjumpa seorang lagi calon hampir sebaya,” katanya.


Bapa kepada lima anak itu turut berharap dia lulus semua mata pelajaran.


Selain Nordin dan rakannya itu, seramai 166 pelajar tingkatan tiga yang lain turut menduduki PMR di pusat peperiksaan sama. Sementara itu, seorang guru dikenali sebagai Yahya, 40, berkata, dia terharu apabila mendapati dua calon yang menduduki PMR ialah individu seusia dengannya.