Soalan :
Assalamualaikum…
saya baru tahun pertama mangajar bm tahun 2 dan mengajar murid2 yang lemah.
antara kelemahan mereka adalah:
1. hyperaktif
2. slow learner
3. kurang perhatian
4. tidak faham arahan
Apakah contoh-contoh BBM yang boleh saya gunakan untuk menarik mereka belajar?
Jawapan:
Untuk makluman cikgu, murid tahun
1, 2 dan 3 dikategorikan sebagai kanak-kanak yang masih belum matang kerana
mereka masih baru dan masih dalam proses ‘orientasi’. Justeru, bukan cikgu
seorang sahaja yang mengalami keadaan sedemikian. Malah semua guru akan
mengalami situasi sukar seperti cikgu juga lebih-lebih lagi jika guru itu
mengajar di kelas-kelas yang belakang di mana kategori murid secara majoriti
adalah tidak boleh membaca.
Dalam hal ini, kawalan kelas dan
mainan psikologi guru amat penting. Biasanya, guru perempuan akan mudah stress
menghadapi situasi ini berbanding guru lelaki yang suaranya lebih besar dan
‘psiko’nya lebih kuat.
Murid-murid seperti ini biasanya
akan lebih ‘takut’ kepada guru lelaki berbanding guru perempuan. Jadi, cikgu
kena pandai mengawal keadaan dalam kelas. Saya percaya cikgu menerima keadaan
murid yang sedemikian kerana cikgu ‘terlalu baik’ pada hari pertama ‘melayan’
murid dalam kelas berkenaan.
Murid kurang perhatian biasanya
boleh diatasi dengan suara guru yang tegas sahaja. Punca murid kurang faham,
cikgu kena kaji semula apa puncanya. Pastinya ia disebabkan cara guru mengajar
tidak menimbulkan minat murid, aras bahasa yang guru gunakan terlalu tinggi
atau ada sebab-sebab lain yang cikgu sendiri lebih tahu.
Jika cikgu mengajar di kelas yang
belakang-belakang ini, pastikan cikgu gunakan laras bahasa yang paling rendah
supaya murid akan faham. Jangan beri murid latihan aras tinggi. Risiko
kegagalan itu besar.
Apa pun, selamat datang ke dunia perguruan! Realiti sebuah kehidupan
seorang guru. Ingat, anda bekerja dengan manusia, bukan dengan mesin. Mesin
yang rosak mengambil masa yang singkat untuk dibaiki. Tetapi jika murid yang
‘rosak’?
No comments:
Post a Comment