Tuesday, 13 November 2012

Pertanyaan 1

Soalan :
Saya ibu kpd anak autism jadi saya nak berkongsi dengan cikgu bagaimana nak mengajar anak saya membaca? Macam-macam cara saya dah cuba tapi payah untuk anak saya nak terima.

Jawapan:
Autisme adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenar ianya berlaku. Sesetengah kanak-kanak pekak, menghidap penyakit seperti congenital rubella, penyakit baka phenylketouria, sindrom fragile-x, tuberos sclerosis, mengalami kelemasan sewaktu dilahirkan (perinatal asphyxia) dan menghidap penyakit encephalitis (lembam otak) dikatakan menunjukkan ciri-ciri autisme.

Setakat ini, kes-kes autisme yang dikesan dan dikenal pasti perbezaan dari segi perkembangan dan tingkah laku. Ini ada kaitannya dengan faktor baka, pengalaman dan keadaan alam sekitar yang mempengaruhi perkembangan seorang anak autistik dan cara mereka membentuk personaliti.

Semua kanak-kanak autisme mempunyai ciri-ciri berikut :

1. Masalah komunikasi
2. Suka bersendirian
3. Tingkah laku yang aneh : contohnya akan menjadi baran sekiranya barang yang disukainya diambil, dialihkan atau hilang
4. Tingkah laku yang pelik : contohnya, menepuk tangan, menjengkitkan kakinya ketika berjalan dan sebagainya

Untuk makluman, saya masih belum pasti apakah kaedah terbaik untuk mendidik anak seperti ini kerana biasanya mereka akan ditempatkan dikelas khas dan bukannya di kelas pemulihan.
Ada sekolah yang saya lawati, guru pendidikan khas akan menjadi tegas dan garang untuk membentuk anak-anak seperti ini.

Biasanya guru akan mengkaji minat dan kecenderungan murid sebelum mereka merangka program untuk peningkatan prestasi akademik murid. Namun, saya percaya program yang dirangka pasti akan dapat dimanfaat oleh murid seperti ini.

Saya amat berharap agar setiap ibubapa yang mempunyai anak Autisme tidak mudah berputus asa dan sentiasa mendapatkan pandangan daripada mereka yang lebih pakar dan arif dalam bidang ini. Ibubapa lebih rapat dengan anak ini. Jadi ibubapa pasti tahu apa yang anak mereka suka dan sebaliknya. Gunakan kelebihan itu untuk mendidik anak seperti ini. Begitulah yang saya gunakan dalam kelas pemulihan. Saya lebih banyak hasilkan permainan berbanding kad-kad perkataan supaya murid tidak berasa tertekan semasa menikmati pelajaran. sebaliknya mereka akan berasa seronok kerana sambil belajar, dalam masa yang sama mereka bermain.

Bezanya dengan kanak-kanak autisme, mereka kadang-kadang cepat bosan atau tidak peduli setelah leka dengan apa yang ada di tangan mereka. Apa pun, harap ibubapa tidak putus asa dan terus berusaha. 

Ehsan Google : Sekadar Hiasan



No comments:

Post a Comment