Monday 10 December 2012

MEMUPUK DAN MERANSANG MINAT MEMBACA ANAK-ANAK

Cara dan Kaedah :

1. Mengajar anak mengenal huruf boleh dilakukan secara perlahan-lahan. Selitkan pembelajaran ketika anak bermain. 

2. Ketika mengandung, ibu digalakkan banyak membaca al-Qurandan berzikir serta diperdengarkan kepada janin.

3. Gunakan kad bergambar atau kad imbasan, tunjukkan kepada anak gambar pada kad itu serta mengeja perkataan yang tertera. 

4. Ketika keluar rumah atau dalam kenderaan, pembelajaran secara tidak langsung boleh dilakukan. Latihlah mereka membaca dengan bertanya kepada anak anda apa yang tertulis di papan tanda perniagaan atau jalan. Anda juga boleh meminta anak mengeja menu makanan ketika dalam restoran.

5. Ajak anak ke kedai buku, perpustakaan dan pesta buku. Cara ini dapat membiasakan anak dengan buku dan mencintai ilmu.

6. Ibu bapa perlu campur tangan dalam menentukan bahan bacaan terbaik (manfaat ilmu dan positif) untuk anak mereka bagi memastikannya memperoleh ilmu bersesuaian dengan usia, jiwa dan jantina bagi meningkatkan minat membaca di kalangan anak mereka.

7. Sediakan buku cerita yang ada ilustrasi menarik bagi menarik minat anak.

8. Setiap hari, ibu bapa biasakan membaca akhbar dan pada waktu terluang, baca majalah dan buku. Ketika membaca akhbar, buku atau majalah, babitkan mereka supaya dapat melakukan aktiviti tersebut.Ceritakan kepada anak kisah yang berlaku, khususnya membabitkan kanak-kanak.

9. Malah sebagai ibu bapa sendiri perlu menjadi contoh kepada anak - anak,
kita harus menjadikan contoh utama kepada anak-anak dalam membudayakan amalan membaca di rumah.

10. Ibu bapa perlu menerangkan kepada anak tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan seharian seperti penjanaan idea, kemahiran berfikir dan berkomunikasi.

11. Bacakan buku cerita bila waktu terluang atau ketika anak hendak tidur. Teknik penceritaan hendaklah dalam gaya menarik dan menyeronokkan. Kaedah ini dapat menarik minat membaca kerana anak ingin tahu cerita yang terkandung dalam buku cerita yang dilihat. 

12. Biasakan membeli buku menggantikan mainan untuk anak. 

13. Sediakan bajet setiap bulan untuk membeli bahan bacaan dan pelbagaikan jenis bahan bacaan untuk anak.

14. Ibu bapa yang berkemampuan, boleh menyediakan mini perpustakaan di rumah dalam usaha membudayakan ilmu dalam suasana kondusif. 

15. Sekiranya anak-anak menunjuk reaksi positif terhadap pembacaan, puji anak sebagai tanda sokongan anda kepadanya.Jangan memarahi anak jika dia sukar mengingati suku kata atau terlupa sesuatu, sebaliknya kaitkan dengan perkara yang mudah diingati anak.

16. Setelah segala usaha dilakukan, berdoa kepada tuhan agar amalan membaca ini akan ‘melekat’ menjadi tabiat anak-anak.



No comments:

Post a Comment