Friday, 14 December 2012
Wednesday, 12 December 2012
Tanggal 12.12.12
Susunan angka yang cantik memberi
impak tersendiri
Tanggal 12.12.12! Itulah tarikh hari ini. Angka atau digit itu dikatakan cantik, tidak kurang pula menganggap tarikh hari ini begitu unik dan istimewa.
Ini berikutan, susunan angkanya iaitu 12.12.12 kelihatan menarik dan cantik sebab berturutan serta memberi impak tersendiri apabila dicatat misalnya, pada sijil perkahwinan, kad kahwin dan sebagainya.
Mungkin sebab itulah lazimnya, tanggal sebegini ramai bercadang mengadakan majlis pertunangan, pernikahan, meraikan resepsi majlis perkahwinan dan merancang pelbagai acara lain, ada memilih tarikh bersalin pada hari berkenaan.
Tidak kurang juga menjadikan atau mengabadikan tarikh itu dalam bentuk simbolik seperti menjadikan angka berkenaan sebagai mas kahwin, hantaran dan hadiah istimewa. Justeru, tidak hairan jika ramai menunggu tarikh itu untuk diabadikan bagi mengadakan acara tertentu yang akan diingati, dikenang dan dipahat dalam lipatan sejarah untuk sepanjang hayatnya.
Malah, bukan individu saja, hotel dan kompleks beli-belah atau yang berasaskan perniagaan turut mengambil kesempatan menawarkan potongan istimewa kepada pelanggan mengikut angka itu sempena meraikan kehadirannya.
Digit cantik
Apakah sebenarnya keistimewaan atau yang menarik mengenai tarikh 12.12.12? Selain berpendapat, digit yang cantik ada juga menganggapnya angka bertuah tetapi ada pula melihat ia sekadar nombor, apabila dibilang akan sampailah pada angka itu.
Tarikh hanya pengukuran peredaran masa atau jika berpandukan pada kalendar, angka tercatat hanya penanda peredaran masa. Dalam kata lain, tarikh adalah jumlah peredaran masa. Susunan tarikh dimulakan dengan bilangan hari diikuti dengan bilangan bulan dan diakhiri dengan bilangan tahun.
Persoalannya ramai orang percaya angka boleh membawa keburukan dan kebaikan. Bahkan, ada mempercayai angka mempunyai semangat atau tenaga semula jadi tertentu yang boleh membawa keburukan atau kebaikan kepada seseorang. Jangan terkejut, jika ada orang menggunakan angka tertentu untuk menjadikan dirinya bertuah!
Menurut perspektif Islam, tiada hari atau angka dianggap bertuah atau sial, sebaliknya semua dianggap sama. Begitu jugalah dengan angka atau tarikh 12.12.12.
Pakar motivasi dan sosiologi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata kegemaran memilih tarikh dan angka tertentu dalam masyarakat di negara ini sebenarnya sudah berakar umbi sejak dulu.
Angka dan hubung kaitnya dengan manusia menjadi tradisi dalam masyarakat di negara ini bukan saja hari ini saja tetapi sudah berkurun lama.
Katanya, misalnya dalam soal penentuan tarikh pernikahan, masyarakat dulu akan membuat perkiraan bagi memilih tarikh dan bulan Islam. Pemilihan dan penentuan tarikh itu dibuat berhati-hati bagi memastikan pasangan mempelai kekal bahagia melayari rumah tangga mereka.
“Bulan paling dielakkan berkahwin ialah Safar kerana kononnya membawa bencana. Contoh lain, berkaitan angka dalam kehidupan masyarakat di negara ini ialah ‘pantang’ mengadakan majlis persandingan serentak untuk dua pasangan pengantin. Jika majlis dibuat bersama, kononnya salah satu pasangan tidak akan kekal rumah tangga mereka.
“Begitu juga ingin bergambar, tidak boleh ambil bertiga kerana dipercayai kelak salah seorang akan meninggal dunia. Begitulah taksubnya kepercayaan masyarakat dulu dengan angka dan tarikh dalam kehidupan mereka. Bagaimanapun, kepercayaan seumpama itu sudah semakin pudar pada hari ini,” katanya.
Mudah diingati
Hari ini masyarakat lebih cenderung mengabadikan tarikh istimewa supaya peristiwa berkenaan mudah diingati serta terpahat di sanubari. Tiada kaitan dengan soal budaya, kepercayaan atau mitos.
Sebaliknya, pemilihan tarikh istimewa pada hari ini hanyalah sekadar aliran semasa yang menyuntikkan keseronokan dan sesuatu dekat dalam diri pada empunya diri. Apatah lagi, katanya bukan senang untuk ‘mendapatkan’ tarikh itu, malah mungkin individu terbabit terpaksa menunggu jangka masa panjang untuk menunggu kedatangan tarikh berkenaan bagi merealisasikan keinginannya.
Dalam aspek sosial juga tidak salah memilih atau menjadikan nombor yang dianggap ‘ajaib’ dan istimewa itu diabadikan dalam kehidupan seperti berkahwin, bertunang serta sebagainya. Peristiwa dan tarikh dipilih itu mungkin boleh dijadikan kenangan sepanjang hayat.
Jangan taksub
Jangan ingin mencatatkan sejarah dan keistimewaan dalam hidup serta semata-mata untuk mendapatkan tarikh diidamkan, individu mengabaikan perkara lain termasuk menyusahkan orang lain untuk datang ke majlis diadakan atau sanggup mengubah perkara yang mungkin lebih penting dilakukan pada hari itu.
“Jangan juga kerana keghairahan untuk mendapatkan angka cantik, individu itu membuat pertimbangan silap. Misalnya, dia mungkin sudah menetapkan tarikh istimewa itu untuk berkahwin tetapi masalahnya duit belanja masih tidak mencukupi. Disebabkan terdesak dan ingin juga penuhi hajat, dia sanggup berhutang dengan Along. Tidakkah itu bakal menyusahkannya kelak,” katanya.
Mengingatkan angka dan kehidupan seseorang termasuk kebahagiaan rumah tangga, tuah dan tiada kaitan dalam mencorak kehidupan seseorang.
Tegasnya, angka atau tarikh yang cantik dan dianggap istimewa hanya sekadar persepsi asas. Ini bermakna, angka tetap angka manakala kebaikan atau keburukan dibawa tiada kaitan dalam kehidupan seseorang, sebaliknya bergantung kepada empunya diri untuk mencorakkannya.
INFO: Angka dan kaitannya dengan kehidupan manusia
* Aliran gemar memilih angka atau nombor cantik bukan sekadar terhad kepada pemilihan tarikh untuk acara tertentu atau pemilihan angka pendaftaran kenderaan, nombor telefon dan lain-lain. Fenomena ini tidak salah selagi individu tidak beriktikad angka itu bakal membawa tuah dalam kehidupan.
* Ulama berpendapat, Islam bukan agama berfalsafah dengan angka. Ini bermakna, untung nasib seseorang juga tiada kaitan dengan angka yang ada dalam kehidupannya.
* Islam juga tidak kenal dengan amalan weton seperti pahing, legi dan lain-lain lagi. Oleh itu, umat Islam mesti jauhkan diri daripada berjumpa dengan orang tertentu kononnya, ingin mencari tarikh sesuai berdasarkan kiraan tanah, air, api, angin dan sebagainya. Perbuatan seumpama itu mampu mengheret individu terbabit ke lembah syirik kerana seolah-olah tidak percaya kepada Allah yang menentukan qada dan qadar.
*Aliran gemar memilih angka atau tarikh dilihat akan berterusan hingga tahun-tahun mendatang. Selagi ia tidak ditunjangi oleh perkara syirik, khurafat, tahyul ataupun apa-apa perkara yang mengganggu kestabilan iman, maka tidak menjadi masalah menghadirinya.
* Ada hari paling baik antara kesemua hari dan ada bulan paling baik antara semua bulan. Contohnya, bulan Ramadan dan juga hari Jumaat sebagai mana sabdanya: “Hari terbaik di mana matahari naik adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam dijadikan, dan pada hari itu dia telah masuk Syurga dan pada hari itu dia dikeluarkan darinya” (riwayat Muslim, al-Jumu’ah, 1410).
* Umat Islam diingatkan, jangan terikut-ikut dengan kepercayaan agama lain kononnya angka tertentu membawa malang seperti 4, 13 dan 666.
Tuesday, 11 December 2012
Minat Membaca Novel
Salam...
Sekarang ni tengah memupuk semula minat untuk membaca novel...dulu masa muda-muda memang hantu novel...tak rajin membeli time tu..rajin meminjam je...tapi sekarang, ada novel yang beli 6 bulan lepas ..tapi masih belum disentuh lagi...jadi dengan semangat yang sedang berkobar-kobar sekarang ni, saya ingin memulakan semula minat membaca saya. Saya mahu jadi contoh teladan kepada anak-anak, biar anak-anak juga minat membaca. Insya-Allah !
Monday, 10 December 2012
MEMUPUK DAN MERANSANG MINAT MEMBACA ANAK-ANAK
Cara dan Kaedah :
1. Mengajar anak mengenal huruf boleh dilakukan secara
perlahan-lahan. Selitkan
pembelajaran ketika anak bermain.
2. Ketika mengandung, ibu digalakkan
banyak membaca al-Qurandan berzikir serta diperdengarkan kepada janin.
3. Gunakan kad bergambar atau kad imbasan, tunjukkan kepada anak gambar pada kad itu serta mengeja perkataan yang tertera.
4. Ketika keluar rumah atau dalam kenderaan, pembelajaran secara tidak langsung boleh dilakukan. Latihlah mereka membaca dengan bertanya kepada anak anda apa yang tertulis di papan tanda perniagaan atau jalan. Anda juga boleh meminta anak mengeja menu makanan ketika dalam restoran.
5. Ajak anak ke kedai buku, perpustakaan dan pesta buku. Cara ini dapat membiasakan anak dengan buku dan mencintai ilmu.
6. Ibu bapa perlu campur tangan dalam
menentukan bahan bacaan terbaik (manfaat ilmu dan positif) untuk
anak mereka bagi memastikannya memperoleh ilmu bersesuaian dengan usia, jiwa
dan jantina bagi meningkatkan minat membaca di kalangan anak mereka.
7. Sediakan buku cerita yang ada ilustrasi menarik bagi menarik minat anak.
8. Setiap hari, ibu bapa biasakan membaca akhbar dan pada waktu terluang, baca majalah dan buku. Ketika membaca akhbar, buku atau majalah, babitkan mereka supaya dapat melakukan aktiviti tersebut.Ceritakan kepada anak kisah yang berlaku, khususnya membabitkan kanak-kanak.
9. Malah sebagai ibu bapa sendiri perlu menjadi contoh kepada anak - anak,kita harus menjadikan contoh utama kepada anak-anak dalam membudayakan amalan membaca di rumah.
10. Ibu bapa perlu menerangkan kepada anak tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan seharian seperti penjanaan idea, kemahiran berfikir dan berkomunikasi.
11. Bacakan buku cerita bila waktu terluang atau ketika anak hendak tidur. Teknik penceritaan hendaklah dalam gaya menarik dan menyeronokkan. Kaedah ini dapat menarik minat membaca kerana anak ingin tahu cerita yang terkandung dalam buku cerita yang dilihat.
12. Biasakan membeli buku menggantikan mainan untuk anak.
13. Sediakan bajet setiap bulan untuk membeli bahan bacaan dan pelbagaikan jenis bahan bacaan untuk anak.
14. Ibu bapa yang berkemampuan, boleh menyediakan mini perpustakaan di rumah dalam usaha membudayakan ilmu dalam suasana kondusif.
15. Sekiranya anak-anak menunjuk reaksi positif terhadap pembacaan, puji anak sebagai tanda sokongan anda kepadanya.Jangan memarahi anak jika dia sukar mengingati suku kata atau terlupa sesuatu, sebaliknya kaitkan dengan perkara yang mudah diingati anak.
16. Setelah segala usaha dilakukan, berdoa kepada tuhan agar amalan membaca ini akan ‘melekat’ menjadi tabiat anak-anak.
Sunday, 9 December 2012
Friday, 7 December 2012
Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian
- Meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar.
- Mengelakkan sebarang penyelewengan
atau terkeluar daripada perkara yang
hendak diajar.
- Merancang dengan teliti setiap
komponen pengajaran.
- Menyediakan satu siri aktiviti untuk
membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke
arah yang dikehendaki.
- Menggunakan masa pengajaran secara
optimum.
- Mengehadkan skop yang akan diajar
dalam sesuatu jangka waktu.
- Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.
- Mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.
Monday, 3 December 2012
Kenangan Sambutan Hari Raya 2012 bersama Kelas 1 Arif
Salam..
Tadi belek-belek gambar dalam memory card ...jumpa gambar kenangan bersama anak-anak murid ketika Sambutan Hari Raya Aidilfitri kat sekolah yang lalu..comel-comel anak murid cikgu berbaju kurung dan melayu..tahun depan dah masuk darjah 2...makin besar anak didik cikgu.
PROJEK BACALAH SAYANG
Sambutan Hari Lahir Murid Tahun 1 Arif-Liyana
Salam...
Salah satu aktiviti kat sekolah yang paling menyeronokkan murid-murid ialah sambutan hari jadi kawan-kawan sekelas. Apabila tiba tarikhnya masing-masing tak sabar nak rasa kek yang dibawa. Kat bawah ialah sekitar sambutan Majlis Hari Jadi salah seorang murid kelas 1 Arif, adik Liyana namanya.
Happy Birthday Liyana ! |
Liyana dan kawan-kawan..Best kek ni cikgu!!! |
Cikgu dan Birthday Girl |
Best ye dapat makan-makan..lepas ni makan kek pulak ok.. |
Doa cikgu untuk Liyana..Semoga Panjang umur, menjadi anak yang soleh dan murid yang bijak! Aminnn...
Thursday, 29 November 2012
Wednesday, 28 November 2012
MARI BERSENAM !
SENAMAN 7 MINIT
ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..
tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..
wa..wa..aaa
gerak ke kanan kemudian ke kiri..
gerak ke kiri kemudian ke kanan
ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..
tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..
dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..
kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…
buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..
hilangkan semua stress…
pusingkan kepala… (er... goyang2 jer. Jangan terpusing kepala, dah..)
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak… (ini buat sorang2 tau)
akhir sekali buat joget kucing… (jeling kiri-kanan dulu..)
Tuesday, 27 November 2012
Friday, 23 November 2012
JENIS-JENIS CIKGU
Cikgu garang : Garang-garang cikgu ini, kalau bukan sebab
golongan cikgu sebegini, mungkin sifat degil sukar dilenturkan, membuatkan diri
ini membentuk disiplin yang lebih dalam pembelajaran. Terima kasih cikgu yang
garang, menjadikan anak muridnya sebagai pemenang.
Cikgu lembut : Lawan kepada cikgu garang, bukan bermaksud
awww ~ ~ Tapi kelembutan mereka dalam memberikan yang terbaik meredakan
ketegangan semasa menjalani proses pembelajaran. Terima kasih cikgu lembut,
menjadikan anak muridnya sebagai lembut, aww, eh? Bukan, membentuk ketenangan
dalam berjuang.
Cikgu lawak : Ini kompom antara feveret punya, sentiasa
ada sahaja dalam menceriakan kehidupan anak muridnya. Tidak bosan dalam
mempelajari sesuatu. Terima kasih cikgu lawak, menghilangkan segala kekalutan
dalam mengenal ilmu.
Cikgu mesra : Kemesraan menjadikan dirinya disenangi.
Tidak kisah melayan karenah anak muridnya, apatah lagi selalu menjawab
pertanyaan agar diri ini lebih memahami. Terima kasih cikgu mesra, kerana
memberi yang terbaik bagi menjadikan anak muridnya lebih memahami sesuatu.
Cikgu penyeri : Cikgu ini mendidik dengan emosinya, banyak
memberi didikan dengan kasih sayang, supaya si pembimbing ni tak teralih
haluan. Banyak mengajar ilmu perasaan dan ERT kepada pelajarnya. Cikgu ini
adalah suami atau isteri.
Cikgu
tersayang : Cikgu ini
bukan sebarang cikgu, sebab mereka merupakan ibu bapa kita. Pendidik yang
sentiasa bersama kita, mengajar berdasarkan asam garam hidup mereka. Sebab itu
wajib kita memuliakan ibu bapa kita sehingga ke akhir hayat mereka. Merekalah
pendidik yang sentiasa di sisi kita. Terima kasih cikgu tersayang.
Cikgu teragung : Ini cikgu segala cikgu. Apa yang diajar adalah sesuatu yang tinggi nilainya dimataNya. Apa yang disuruh kita buat, apa yang dilarang jangan lakukan, mana perlakuannya kita ikuti, dialah baginda Rasulullah s.a.w. Sunnahnya kita jadikan panduan, kitabnya yang diwariskan adalah Al-Quran, selawat merupakan terima kasih kepada baginda.
Cikgu teragung : Ini cikgu segala cikgu. Apa yang diajar adalah sesuatu yang tinggi nilainya dimataNya. Apa yang disuruh kita buat, apa yang dilarang jangan lakukan, mana perlakuannya kita ikuti, dialah baginda Rasulullah s.a.w. Sunnahnya kita jadikan panduan, kitabnya yang diwariskan adalah Al-Quran, selawat merupakan terima kasih kepada baginda.
Anda Cikgu yang mana satu?
Wednesday, 21 November 2012
Tuesday, 20 November 2012
Monday, 19 November 2012
TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA SKST PEKAN PHG
Salam...
Satu pencapaian yang amat membanggakan guru-guru.Dari 7 orang sebelum ini naik kepada 20 orang yang mendapat 5A. Satu pencapaian yang tinggi sekali, segala penat lelah guru-guru tahun 6 terbalas kini dengan keputusan yang cemerlang ini.
Tahniah sekali lagi!
Nota: sambil tidurkan anak atas katil,sambil update blog
Sunday, 18 November 2012
Saturday, 17 November 2012
NAK KONGSI RESIPI
Salam,
Jangan tak pecaya blog Cikgu ada resipi lah pulakk. Bukannya apa, boleh buat rujukan untuk diri sendiri di di kemudian hari. Menu ini dimasak untuk makan malam tadi. Mendapat pujian dari anak-anak, tapi ayahnya kata boleh lahhh. Boleh lah punnn...dua kali tambahhh !
Apa yang saya masak ? ala menu biasa-biasa je... Mee Bandung Tradisional....bukan mee bandung muor ye.. ini mee bandung Pahang :)
Malas nak celoteh banyak, Jomm salin resipi !
Bahan-Bahan :
1 paket mee kuning
4 hingga 6 ekor udang basah
50 gram udang kering (dikisar atau ditumbuk)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
cili kering – ikut lah kepedasan masing-masing
1 biji keledek (saiz kecil)
suku cawan kacang tanah goreng (digoreng tanpa minyak kemudian ditumbuk)-kalau tak nak letak pun takpe tapi lebihkan udang kering supaya kuah jadi pekat
3 hingga 4 biji telur
sawi-ikut masing-masing juga berapa banyak nak
Daging yang telah direbus
Air rebusan daging
Udang Segar
Gula, garam dan serbuk perisa (mengikut kesesuaian citarasa masing-masing)
Cara-caranya :
Bahan-Bahan :
1 paket mee kuning
4 hingga 6 ekor udang basah
50 gram udang kering (dikisar atau ditumbuk)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
cili kering – ikut lah kepedasan masing-masing
1 biji keledek (saiz kecil)
suku cawan kacang tanah goreng (digoreng tanpa minyak kemudian ditumbuk)-kalau tak nak letak pun takpe tapi lebihkan udang kering supaya kuah jadi pekat
3 hingga 4 biji telur
sawi-ikut masing-masing juga berapa banyak nak
Daging yang telah direbus
Air rebusan daging
Udang Segar
Gula, garam dan serbuk perisa (mengikut kesesuaian citarasa masing-masing)
Cara-caranya :
1. Celur mee kuning dengan air panas.
2. Kisar bawang besar, bawang putih dan cili kering.
3. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
4. Masukkan udang kering yang telah dikisar / ditumbuk hingga naik bau.
5. masukkan air rebusan daging, keledek lenyek dan kacang tanah, hirisan daging dan udang
2. Kisar bawang besar, bawang putih dan cili kering.
3. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
4. Masukkan udang kering yang telah dikisar / ditumbuk hingga naik bau.
5. masukkan air rebusan daging, keledek lenyek dan kacang tanah, hirisan daging dan udang
basah. Didihkan.
6. Masukkan pula gula, garam dan serbuk perisa secukup rasa.
7. Kecilkan api. Pecahkan telur satu persatu.
8. Jangan kacau supaya telur tidak pecah.
9. Biarkan telur hingga masak / separuh masak (terpulang)
10. Akhir sekali masukkan sawi. Gaul dan tutup api.
11. Curahkan kuah di atas mee. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu, hirisan cili dan limau
6. Masukkan pula gula, garam dan serbuk perisa secukup rasa.
7. Kecilkan api. Pecahkan telur satu persatu.
8. Jangan kacau supaya telur tidak pecah.
9. Biarkan telur hingga masak / separuh masak (terpulang)
10. Akhir sekali masukkan sawi. Gaul dan tutup api.
11. Curahkan kuah di atas mee. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu, hirisan cili dan limau
kasturi. Siap untuk dimakan!
***Nota : Gambar Mee Bandung lupa nak snap...bila dah siap makan baru ingat! Mee bandungnya pun dahh selamattt semuanyaa.
Friday, 16 November 2012
TEKA SILANG KATA
SAYURAN-SAYURAN
ke bawah 1: Berwarna hijau
ke bawah 2: Boleh dibuat kuih
melintang 3: Berwarna merah apabila masak
melintang 4: Rasa pedas
ke bawah 5: Arnab suka makan .....................
melintang 6: Jenis berdaun
ke bawah 7: Boleh dimakan mentah
melintang 8: Sejenis ulam
melintang 9: Sesuai dibuat sup
KUIZ : PEMAHAMAN 2
Baca dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan di bawah.
Malaysia
Malaysia
Malaysia
nama negara kita,
Empat belas negeri di dalamnya,
Penduduk ramai berbilang bangsa,
Negara aman rakyat bahagia.
Perdana Menteri ketua negara,
Pusat pentadbiran di Putrajaya,
Masyhur nama di luar negara,
Semua rakyat berasa bangga.
Empat belas negeri di dalamnya,
Penduduk ramai berbilang bangsa,
Negara aman rakyat bahagia.
Perdana Menteri ketua negara,
Pusat pentadbiran di Putrajaya,
Masyhur nama di luar negara,
Semua rakyat berasa bangga.
1. Apakah nama negara kita?
- Melaka
- Malaysia
- Putrajaya
- Kuala
Lumpur
2. Berapakah jumlah negeri di Malaysia?
- sebelas
buah negeri
- dua
belas buah negeri
- tiga
belas buah negeri
- empat
belas buah negeri
3. Siapakah ketua negara kita?
- rakyat
- bangsa
- penduduk
- perdana
menteri
4. Di manakah letaknya pusat pentadbiran negara?
- Malaysia
- Putrajaya
- Kuala
Lumpur
- Shah
Alam
5. Semua rakyat Malaysia berasa
.........................................
-
sedih
- marah
- bangga
- kecewa
KUIZ : PEMAHAMAN 1
KUCING MIMI
Mimi ada seekor kucing. Kucing Mimi kucing jantan. Kucing Mimi
bernama Tompok. Tompok suka makan ikan dan minum susu. Tompok sangat jinak.
Setiap petang, Mimi bermain-main dengan Tompok. Mimi sangat sayang akan Tompok.
1. Apakah nama kucing Mimi?
- Tompok
- Comel
- Belang
- Hitam
2. Apakah makanan Tompok?
- roti
- nasi
- ikan
- sayur
3. Tompok suka minum ..............................
- teh
- susu
- milo
- kopi
4. Bilakah Mimi bermain-main dengan Tompok?
- pada
waktu pagi
- pada
waktu tengah hari
- pada
waktu petang
- pada
waktu malam
5. Mimi sangat ............................... akan Tompok.
- benci
- marah
- jinak
- sayang
Thursday, 15 November 2012
Wednesday, 14 November 2012
Kad Imbasan Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun Satu (Preview For CD-ROM)
Kad Imbasan sangat Membantu dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 1
Pertanyaan 3
Soalan :
Assalalammualikum….
Assalalammualikum….
Saya nak tanya macam mana saya nak mengajar murid pemulihan yang boleh membaca
tetapi tidak boleh menulis walaupun perkataan KV+KV. Apakah aktiviti yang harus
saya berikan?
Jawapan:
Puan
perlu buat analisis semula apakah punca sebenar kanak-kanak itu tidak boleh
menulis. Saya juga mempunyai masalah yang serupa di mana dalam kelas tahun
satu, ada sepasang murid kembar yang boleh membaca. Tetapi apabila diminta
mengeja dan menulis perkataan yang di baca, mereka gagal melakukannya.
Dalam
hal ini, saya dapati murid bukan tidak kenal abjad. malah murid mahir membatang
suku kata dan seterusnya membaca. Yang menjadi masalah utama adalah murid tidak
dapat mengaplikasi kemahiran bacaan yang dikuasai dalam tulisan. Murid masih
tidak faham konsep menulis perkataan walaupun aras rendah.
Jadi,
saya terpaksa bermula dari bawah walaupun murid sudah boleh membaca. Semuanya
dilakukan secara berperingkat
Pertanyaan 2
Soalan :
Assalamualaikum…
saya baru tahun pertama mangajar bm tahun 2 dan mengajar murid2 yang lemah.
antara kelemahan mereka adalah:
1. hyperaktif
2. slow learner
3. kurang perhatian
4. tidak faham arahan
Apakah contoh-contoh BBM yang boleh saya gunakan untuk menarik mereka belajar?
Jawapan:
Untuk makluman cikgu, murid tahun
1, 2 dan 3 dikategorikan sebagai kanak-kanak yang masih belum matang kerana
mereka masih baru dan masih dalam proses ‘orientasi’. Justeru, bukan cikgu
seorang sahaja yang mengalami keadaan sedemikian. Malah semua guru akan
mengalami situasi sukar seperti cikgu juga lebih-lebih lagi jika guru itu
mengajar di kelas-kelas yang belakang di mana kategori murid secara majoriti
adalah tidak boleh membaca.
Dalam hal ini, kawalan kelas dan
mainan psikologi guru amat penting. Biasanya, guru perempuan akan mudah stress
menghadapi situasi ini berbanding guru lelaki yang suaranya lebih besar dan
‘psiko’nya lebih kuat.
Murid-murid seperti ini biasanya
akan lebih ‘takut’ kepada guru lelaki berbanding guru perempuan. Jadi, cikgu
kena pandai mengawal keadaan dalam kelas. Saya percaya cikgu menerima keadaan
murid yang sedemikian kerana cikgu ‘terlalu baik’ pada hari pertama ‘melayan’
murid dalam kelas berkenaan.
Murid kurang perhatian biasanya
boleh diatasi dengan suara guru yang tegas sahaja. Punca murid kurang faham,
cikgu kena kaji semula apa puncanya. Pastinya ia disebabkan cara guru mengajar
tidak menimbulkan minat murid, aras bahasa yang guru gunakan terlalu tinggi
atau ada sebab-sebab lain yang cikgu sendiri lebih tahu.
Jika cikgu mengajar di kelas yang
belakang-belakang ini, pastikan cikgu gunakan laras bahasa yang paling rendah
supaya murid akan faham. Jangan beri murid latihan aras tinggi. Risiko
kegagalan itu besar.
Apa pun, selamat datang ke dunia perguruan! Realiti sebuah kehidupan
seorang guru. Ingat, anda bekerja dengan manusia, bukan dengan mesin. Mesin
yang rosak mengambil masa yang singkat untuk dibaiki. Tetapi jika murid yang
‘rosak’?
Hari ini dalam Sejarah
Salam,
Hari ni pergi Majlis Perkahwinan kawan saya yang berbangsa India. Seronok juga. Ini kali pertama saya menghadiri majlis dari kaum India. Sebelum sampai ke tempat majlis, saya bertanya kepada suami saya, agak-agaknya apa yang dihidangkan nanti. Suami saya kata Ntahlah, mungkin Nasi Beriani. Selepas itu saya bertanya lagi kepada suami, diaorg ada bagi cenderahati ke macam kita? Suami saya tanya cenderahati apa? Saya jawab, alaa macam kita kasi bunga telur tu. Suami saya jawab lagi, Ntahlah ! Selepas itu satu soalan lagi, nanti masa nak balik kita kena salam bagi duit ke? macam orang Melayu...suami saya jawab, kalau nak kasi, kasi lah...kalau tak nak kasi pun takpe sebab kita dah kasi hadiah. saya dengan nada panjangnya menjawab...oooooo macam tu :).
Tadi juga merupakan sambutan 3 in 1 keluarga India tersebut. Menurut kata kawan saya itu, Majlis ini untuk Majlis Perkahwinan anak lelaki beliau, sambutan Hari Jadi anak bongsu beliau dan Sambutan Deepawali juga! Bagus kan...jimatt semua sekaligus sahaja.
Majlis 3 in 1 |
Hey, Haiwan! (karaoke) - Bahan Bantu Mengajar
Lagu untuk Seminar Literasi Bahasa. Sesuai digunakan sebagai alat bantu mengajar
Tuesday, 13 November 2012
Pertanyaan 1
Soalan :
Saya ibu kpd anak autism jadi saya nak berkongsi dengan cikgu bagaimana nak mengajar anak saya membaca? Macam-macam cara saya dah cuba tapi payah untuk anak saya nak terima.
Jawapan:
Autisme
adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri masih tidak
dapat mengenal pasti punca sebenar ianya berlaku. Sesetengah kanak-kanak pekak,
menghidap penyakit seperti congenital rubella, penyakit baka phenylketouria,
sindrom fragile-x, tuberos sclerosis, mengalami kelemasan sewaktu dilahirkan
(perinatal asphyxia) dan menghidap penyakit encephalitis (lembam otak)
dikatakan menunjukkan ciri-ciri autisme.Setakat ini, kes-kes autisme yang dikesan dan dikenal pasti perbezaan dari segi perkembangan dan tingkah laku. Ini ada kaitannya dengan faktor baka, pengalaman dan keadaan alam sekitar yang mempengaruhi perkembangan seorang anak autistik dan cara mereka membentuk personaliti.
Semua kanak-kanak autisme mempunyai ciri-ciri berikut :
1. Masalah
komunikasi
2. Suka
bersendirian
3. Tingkah
laku yang aneh : contohnya akan menjadi baran sekiranya barang yang disukainya
diambil, dialihkan atau hilang
4. Tingkah
laku yang pelik : contohnya, menepuk tangan, menjengkitkan kakinya ketika
berjalan dan sebagainya
Untuk
makluman, saya masih belum pasti apakah kaedah terbaik untuk mendidik anak
seperti ini kerana biasanya mereka akan ditempatkan dikelas khas dan bukannya di
kelas pemulihan.
Ada
sekolah yang saya lawati, guru pendidikan khas akan menjadi tegas dan garang
untuk membentuk anak-anak seperti ini.
Biasanya
guru akan mengkaji minat dan kecenderungan murid sebelum mereka merangka
program untuk peningkatan prestasi akademik murid. Namun, saya percaya program
yang dirangka pasti akan dapat dimanfaat oleh murid seperti ini.
Saya
amat berharap agar setiap ibubapa yang mempunyai anak Autisme tidak mudah
berputus asa dan sentiasa mendapatkan pandangan daripada mereka yang lebih
pakar dan arif dalam bidang ini. Ibubapa lebih rapat dengan anak ini. Jadi
ibubapa pasti tahu apa yang anak mereka suka dan sebaliknya. Gunakan kelebihan
itu untuk mendidik anak seperti ini. Begitulah yang saya gunakan dalam kelas
pemulihan. Saya lebih banyak hasilkan permainan berbanding kad-kad perkataan
supaya murid tidak berasa tertekan semasa menikmati pelajaran. sebaliknya
mereka akan berasa seronok kerana sambil belajar, dalam masa yang sama mereka
bermain.
Bezanya dengan kanak-kanak autisme, mereka kadang-kadang cepat bosan
atau tidak peduli setelah leka dengan apa yang ada di tangan mereka. Apa pun,
harap ibubapa tidak putus asa dan terus berusaha.
Ehsan Google : Sekadar Hiasan |
Subscribe to:
Posts (Atom)